Pengalaman Mengerjakan Umrah 2016 (Part 2)

**Sambungan dari Part 1 yg saya ceritakan semalam. Nak baca boleh klik sini PART 1**

Hari Kedua (6/2/2016 Sabtu)

4.00pg: Kami dah bangun. Badan still rasa penat maybe sebab tk dapat sesuaikan lagi dengan waktu Madinah. Tapi kalau nak layankan penat ni mmg semua benda tak jadi kan. So kami mandi dan siap siap untuk solat Subuh di Masjid Nabawi. Actually, semalam Abah sempat pergi solat Maghrib dan Isyak dkt Masjid Nabawi. Kami yg the gegirls (Saya, Mak dan Makngah) je yg solat dekat bilik sb Jetlag melampau hehe. So Abah sendiri dah rasa suasana solat dekat sana. Time dah siap semua dengar bunyi azan. K ktorang suspen dah. Baru pkl 4.45pagi tapi dah bunyi azan. Abah kata tu azan pertama. Oooo okay hehe. Masa gocoh-gocoh nak keluar bilik tiba-tiba tag nama sy hilang. Sudah! Dahla tengah rushing. Semua masuk bilik balik cari tag nama sy. Bawah selimut, bawah meja, bawah kerusi, dalam toilet last last sy terperasan something. "Makkk, yg Mak pakai tu bukan tag nama sy ke??". Hahahaha. K pagi pagi lagi Mak dah buat lawak sampai pakai 2 tag nama. Hai lah Omakk.

5.00pg: Kami jalan kaki ke Masjid Nabawi. Masya-Allah, sejukkk! Tapi best and rasa seronokkkk yg amat sb all the way ke Masjid tu ada ramai lagi orang yg jalan kaki menghala ke Masjid. View yg sangat mahal dimana sukar nak tengok suasana mcm tu dekat negara sendiri. Pagi Subuh rasa macam pagi Raya.

Pagi Subuh semua menghala ke Masjid Nabawi.

Dalam 3 minit jalan kaki dah smp Masjid Nabawi. Dekat je hotel dengan Masjid. Perasaan bila first time jejakkan kaki di Masjid Rasulullah s.a.w?? Korang pernah pergi bercuti dekat London atau New Zealand? Atau pergi pulau pulau yg cantik mcm Maldives ke? K jujur cakap perasaan yg korang rasa bila tengok tempat tempat cantik mcm Maldives, Bali semua tu jauhhhhhhhhh sama sekali dengan perasaan pertama kali korang tengok Masjid Nabawi. Masa kaki pertama kali melangkah masuk ke Masjid Nabawi, hati rasa sayu, bulu roma rasa meremang, mulut dengan spontan tak putus-putus mengucapkan Masya-Allah, SubhanAllah, Alhamdulillah dan paling spontan mulut akan melafazkan Assalamualaikum Ya Rasulullah s.a.w. Masa tu mmg akan wujud perasaan "Ya Allah, mcm tak percaya aku boleh sampai dkt sini". Airmata tipu la kalau tk mengalir sebab rasa sedih bila teringat balik semua kisah kisah Rasulullah s.a.w, rasa gembira sb dapat jadi tetamu Rasulullah s.a.w.




5.45pg: Masuk waktu Subuh. Berkumandanglah azan yg kedua. Kami solat dekat kawasan luar Masjid sb ingatkan dekat dalam dah ramai. Rupanya kami ni kira awal la jugak sampai Masjid. If masuk dalam sempat je sebenarnya. Abah dah masuk ke ruang solat lelaki. Solat dekat luarkan so mmg sejuk tk terkata la hehe. 

6.30pg: Selesai solat Subuh ada solat sunat Jenazah. Mmg setiap kali selesai solat fardu berjemaah akan ada solat sunat Jenazah. Nak tau kenapa dekat sana solat Subuh takda baca Doa Qunut? Sebab Doa Qunut tu sunat je. If masa solat Subuh kita terlupa baca Doa Qunut pun takpa. Solat kita masih diterima Allah s.w.t Insya-Allah. Solat sunat Jenazah lebih besar pahalanya jadi sebab tu lah dekat sana rajinkan diri ikut Imam buat solat sunat Jenazah setiap kali selesai solat fardu.

Lepas selesai solat sunat Jenazah, kami jalan kaki balik hotel. Keluar je dari gate Masjid terus jumpa orang ramai jual barang ala ala dkt pasar malam. Fuhhh, tadi masa datang tkda pun jumpa peniaga ni semua. Tiba-tiba keluar kemain ramai peniaga. Ada yg jual jubah 15 Riyal, jual coklat 1kg 15 Riyal, tasbih, gelang acah acah emas. Macam-macam lagi la. Sampai hotel kami breakfast dekat dewan makan yg disediakan oleh pihak Andalusia. Nasi lemak and telur goreng dia sangat Umphhhh!

7.00pg: Kami berkumpul dekat lobi hotel untuk pergi Ziarah Dalam. Tips utk para jemaah, seelok-eloknya dalam keadaan wuduk dah masa ni sebab senang nanti masuk masjid boleh buat solat sunat ke apa sementara tunggu turn utk masuk ke Raudah.

8.00pg: Bila semua jemaah yg lain dah ada kami gerak ke Masjid Nabawi untuk buat Ziarah Dalam iaitu masuk ke Raudah (binaan Masjid yg asal dimana dkt situlah Rasulullah s.a.w sering memberi ceramah dan nasihat kepada umatnya pada zaman dahulu dan di situ jugalah terletak rumah Rasulullah s.a.w dimana di dalam bilik isterinya Siti Aisyah terletaknya Maqam Rasulullah s.a.w dan Saidina Abu Bakar a.s). Jemaah wanita dipimpin oleh Ustazah manakala jemaah Lelaki dipimpin oleh Ustaz. Nak masuk ke Raudah bkn senang. Kena ikut peringkat negeri. First Arab, India, Indonesia and last sekali baru Malaysia. So masa tunggu giliran nak masuk tu kami kena stop di 3 perhentian. Bila stop dkt setiap perhentian tu Ustazah akan bagi ceramah sikit pasal sejarah Masjid Nabawi dan sebagainya. Untuk jemaah perempuan je kena tunggu turn mcm ni. Jemaah lelaki tak payah tunggu pun. Terus masuk je so biasanya jemaah lelaki akan habis buat Ziarah Dalam ni cepat.

10.45pg: Alhamdulillah kami dapat masuk Raudah! Setelah beberapa jam tunggu turn akhirnyaaa! Masya-Allah orang tersangattttt ramai. Orang Arab, Turkey, Indonesia yg sepatutnya dah keluar untuk bagi turn dkt Malaysia pulak masuk Raudah still tak keluar keluar lagi. Jadi mmg pack la dalam Raudah tu. Takpa. Orang Malaysia sangat penyabar dan sangat terkenal dgn sopan santun dan adabnya jadi kami tk melawan. Kami sabar. Oleh sebab kesabaran kami, sy, Mak dan Makngah dah get ready nak solat sunat. Bagi kami, tk payah la nak ke depan sgt utk buat solat sunat. Dekat tempat kami berdiri sekarang ni pun dah rasa dekat sangat dengan Raudah. Masa kami nak angkat takbir, tiba-tiba ada Mutawwif dari group Indonesia bgtau kami yg tempat kami nak solat tu bukan dalam kawasan Raudah. Kawasan Raudah dalam kawasan karpet HIJAU. Yg kami nak solat tu dalam kawasan karpet MERAH lagi. K seriously tk perasan yg sebenarnya karpet hijau tu hanya setapak je depan ktorang. Haha. So kami cepat cepat ke depan even polis perempuan yg jaga kawasan Raudah tu dah cakap mcm ni dekat ktorang "Masya-Allah, Hajjah keluar keluar" sebab dorang nak tutup dah kawasan Raudah tu pkl 11 pagi. Tapi disebabkan Mutawwif Indonesia tu ckp dekat ktorang "Solat saja Hajjah. Udah dapat kerpet hijau itu solat saja" jadi kami pun cepat cepat solat sunat di atas kapet hijau. Syukur Alhamdulillah Ya Allah!!! Perasaan bila kau dapat sujud dekat karpet hijau tu Ya Allah hanya Allah je yg tahu. Tak tergambar. Tak boleh nak dibayangkan. Selepas solat masa berasak-asak nak keluar lalu dekat Mimbar Rasulullah s.a.w tak henti-henti airmata keluar. Jangan tanya kenapa. Perasan sayu tu spontan keluar. Maqam Rasulullah s.a.w hanya jemaah Lelaki je dapat tengok. 

Apa-apa pun kami bersyukur sangat sebab ada rezeki solat di kawasan Raudah. Ada jemaah lain yg dah 2 kali masuk tapi tak berpeluang solat di atas karpet hijau. Rezeki masing-masing. Alhamdulillah, sekarang rezeki kami. Insya-Allah esok lusa rezeki jemaah lain pulak untuk solat di ruang Raudah. AAMIN!

Maqam Rasulullah s.a.w. Hanya lelaki boleh masuk ke kawasan ni. Credit to Abah for this picture.

11.15pg: Sy, Mak dan Makngah jalan kaki balik ke hotel. Elok sampai lobi hotel terjumpa Abah. Haihhh, kuat jodoh ktorang kan hehe. Lunch dkt dewan makan Nasi putih, kari kambing, ayam goreng spicy sedappp! 

12.00tghari: Selesai makan kami naik bilik. Rest. Masa Mak nak tukar pakai baju biasa, Mak baru perasan yg dari pagi tadi Mak pakai jubah terbalik! Haha. K Mak buat lawak lagi. Sy, Mak dan Makngah solat Asar dalam bilik je sb letih berasak dengan orang Arab, Turkey yg badan besar besar masa nk masuk Raudah tadi. Abah solat dekat Masjid Nabawi mcm biasa. 

5.00ptg: Kami jalan kaki ke Masjid Nabawi untuk solat Maghrib dan Isyak. Badan dah rasa ok sikit. 

6.10ptg: Azan Maghrib berkumandang. Alhamdulillah, sy, Mak dan Makngah dapat solat dalam Masjid di antara 2 kubah yg boleh bukak. Masya-Allah, view nampak langit malam sangat sangat tak terkata cantiknya!

Tempat kami solat di antara 2 kubah yg terbuka.


Meet Mak and Makngah

Dengan Makngah depan pintu ruang solat Wanita.



Tempat Abah selalu tunggu kami lepas solat.

Alhamdulillah ada seorang jemaah lelaki dari Malaysia yg baik hati volunteer amikkan gambar kami.

8.00mlm: Selesai Isyak. Alhamdulillah. Kami jalan balik hotel. Tengok Abah dah tunggu dekat luar Masjid. Hee. On the way nak balik hotel tu kami sempat singgah beli barang sikit dekat peniaga yg jual jual luar kawasan Masjid (pasar malam). Abah beli inai Rina sb kawan Kak Long ada pesan belikan. First time shopping dekat Madinah dah kena tipu haha. 1 kotak inai dalam dia ada 12 inai tak silap. Harga 50 Riyal. Abah beli 2 kotak dapat 90 Riyal. Time tu kami decide beli jela. Pastu masa dah nak sampai hotel, kt depan hotel ada kedai jual inai. Saje la tanya berapa harga. Dia jual 25 Riyal!!! K setengah harga dari yg kami beli tadi!!! Haiii lah nasib. Takpa la. First time kan. Jadikan pengajaran k!

Kawasan luar Masjid Nabawi. Tiap kali lepas solat mesti ramai peniaga menjual. Suasana mcm pasar malam. Majoriti semua peniaga reti cakap Bahasa Melayu termasuk budak lelaki ni.

Hotel kami. Mawardah Hotel.

Sampai hotel, makan malam macam biasa dekat dewan makan then naik bilik tidurrr!!!


Hari Ketiga (7/2/2016 Ahad)

4.00pg: Kami dah bangun and siap mandi.

5.00pg: Jalan kaki ke Masjid Nabawi. Sejukkkkk!

5.45pg: Masuk dah waktu Subuh. Selesai solat kami keluar Masjid sempat beli barang sikit. Hehe.

6.30pg: Balik hotel lepastu kami amik wuduk dkt bilik sb nak get ready untuk pergi Ziarah Luar kejap lagi.

7.30pg: Kami turun ke lobi untuk berkumpul sebelum pergi Ziarah Luar.

8.00pg: Gerak naik bas yg telah disediakan oleh pihak Andalusia untuk ke Masjid Quba (masjid pertama yg dibina oleh Rasulullah s.a.w). Sepanjang perjalanan ke Masjid Quba, Mutawwif kami iaitu Ustaz Dzul Karnaen menceritakan sejarah Masjid Quba. 

Sampai di Masjid Quba, Mutawwif bagi kami 30 minit untuk solat sunat di Masjid tersebut. Masya-Allah, orang tersangatttt ramai! Berbagai bangsa. Ruang solat untuk perempuan tak besar sangat. Tapi syukur sangat sangat sebab even ramai, sy, Mak dan Makngah dipermudahkan untuk solat sunat dalam Masjid tersebut. Tips dia, make sure kita dalam keadaan wuduk (sb tu kami dah siap siap amik wuduk dari hotel) then bila masuk je ke ruang solat, terus masuk bahagian dalam dalam sikit. Jangan terus solat dekat kawasan berdekatan dengan pintu sb orang ramai keluar masuk. Mmg risiko tinggi tolak tolak time solat. Macam kami, kami terus masuk bahagian dalam dalam sikit. Alhamdulillah, kami dapat ruang yg selesa untuk solat sunat. Kami sempat buat solat sunat Tahiyatul Masjid, Dhuha, dan Taubat. Alhamdulillah dapat solat dengan tenang tanpa gangguan orang keluar masuk. Lepas dah selesai solat, jangan tunggu lama lama lagi. Bagi turn dekat orang lain pulak solat k.

Bas kami yg disediakan oleh Andalusia.

Masjid Quba.


9.00pg: Lawat ladang kurma. Pelbagai jenis kurma ada jual dekat sini. Coklat dan kacang pun ada. Tapi sy sarankan kalau nak beli boleh. Cuma, kalau beli dekat Pasar Kurma boleh dapat harga lebih murah dari dekat Ladang Kurma ni.



Pelbagai jenis kurma. Yg bestnya boleh rasa semua before beli hee.




9.30pg: Gerak ke Bukit Uhud (tempat berlakunya Perang Badar I & II antara umat Islam dan Kafir Quraisy). 

Belakang kami tu la Bukit Uhud.




10.30pg: Lawat Masjid Qiblatain dimana Masjid ini mempunyai 2 arah kiblat. 1 menghadap ke Masjid Al-Aqsa dan 1 lagi menghadap Kaabah. Di sini lah Rasulullah s.a.w mendapat wahyu dari Allah s.w.t mengenai arah kiblat yg sebenarnya adalah menghadap ke Kaabah yg terletak di Mekah.

Masjid Qiblatain.

11.00pg: Lawat Masjid Bilal dan Masjid Tujuh. Mutawwif bawa kami lalu je. Tak singgah sb nak kejarkan waktu Zohor yg masuk pkl 12.30tghari. Risau jalan nak balik ke hotel ditutup.

Masjid Bilal.

11.15pg: Ke Pasar Kurma. Sy, Mak dan Makngah tunggu dalam bas je. Abah yg turun beli kurma. Abah kata kurma dekat sini lagi murah dari beli dekat Ladang Kurma. So, take note para jemaah! Hehe.

11.30pg: Balik ke hotel. Alhamdulillah lunch kami di dewan makan harini adalah Nasi Arab Kambing dan Nasi Arab Unta. Ya Allah, first time rasa daging unta. Sangat lembut and sedap okayy! Lepas makan terus naik bilik. K sy dah start rasa berat kepala sebab selsema so sampai je bilik tunggu waktu Zohor masuk. Lepas solat sy makan ubat and terus lelap! Dalam hati banyak banyak doa supaya cepat sembuh. Tips untuk para jemaah, if pergi Madinah masa musim sejuk sila lah pakai baju tebal sb cuaca sangat sejukkk! Jangan jadi mcm sy acah acah boleh tahan sejuk so tk pakai sweater pergi Masjid time Subuh last last Allah s.w.t bagi selsema haa baru tau langit tinggi rendah :(

Nasi Arab Unta. SEDAP!
4.30ptg: K kepala dah rasa ringan sikit. Kami siap siap untuk ke Masjid Nabawi untuk solat Maghrib.

6.10ptg: Azan Maghrib. Lepas selesai Maghrib kami i'tikaf (tunggu waktu solat Isyak). Kami duduk betul betul bawah kubah yg terbuka. Masya-Allah, pemandangan memang lah cantik tapi sejukkkk jangan cakap lah hehe.

8.00mlm: Selesai Isyak kami balik hotel. Sebelum balik sempat singgah kedai sekim 3 Riyal HEHEHE. Padahal selsema ni. Dengan sejuknya lagi. Tapi disebabkan teringin sangat so bedal je lah. Lepastu Abah beli kebab shawarma.

Sekim 3 Riyal.
Kedai Sekim.

Kedai Kebab.

Enjoyed the sekim while still you can. Cehh padahal selsema teruk time ni. Hehe.

8.30mlm: Balik hotel. Rest!

**K sampai sini dulu. Insya-Allah akan sambung the next part dalam masa terdekat. Teruskan membaca hee :)**
                                                           

0 Comment(s):

Post a Comment

 
Copyright © 2016 KNISAZIZ. All rights reserved.