Sunat Mekna di Klinik Dr. Atiqah Shah Alam

Assalamualaikum w.b.t

Fuhh dah lama tak update blog ni. Hamekk berabuk tahap dedebu cinta bak kata kak mitch. Rasa mcm nak kena azan pun ada 😰

Last update pasal umrah. Tahun 2016 guyss. Now dah tahun 2019. 3 tahun mana kau menghilang Nisaaaa 👏🏻👏🏻
Well siapa yg tahu tu tahu la. Yg tak tahu  meh nak habak mai.

Al kisahnya lepas balik dari umrah sis busy nak habiskan degree, pastu hujung tahun 2016 sis kawen, lepas kawen sis pregnant pulak, pastu dah pregnant tentulah ada anak. Kau rasa selamanya sis nak pregnant  🙄

So tkyah la sis nak bgtau sebab musabab kenapa sis dah lama tk update blog ni. Cerita pasal umrah tu pun tk sempat habiskan. Nampak tak betapa sis mengejar duniawi kah kah.

Ok, utk cerita pertama bagi tahun 2019 ni sis nak kongsikan pengalaman sis bawak anak sunat 😱. Omgee tkyah nak ngilu sangat. Anak sis siap boleh melompat lepas sunat.

Macam ni ceritanya.
Alhamdulillah, sis dan suami dikurniakan anak gegirl bernama Hanna Shadrina a.k.a Mekna pada bulan 1 tahun lepas (10/01/2018). Nak dijadikan cerita, masa sis dlm pantang sis tahu nak kena bawak anak sunat tp sis hold dulu since sis kesian tgk dia kecik lagi nk kena sunat. Well, seriously pada yg baru lepas bersalinkan anak gegirl, silalah JANGAN ikut cara sis ni ye. Better kesian dikemudian hari. Ceewahh.

Seeloknya bawak anak gegirl kita sunat awal2. Kalau boleh habis je pantang terus bawak dia pergi sunat. Bukannya mahal pun. Rate dalam RM30-RM45 je. Ohh, klinik swasta ye. Klinik kerajaan tak provide. Sebelum nak bawak tu better google dulu klinik mana yg ada buat khatan untuk bayi perempuan. Tak semua klinik buat.

Lepas beberapa kali kami postponed nak bawak Mekna sunat, last2 umur Mekna dah 1 tahun 3 bulan baru lah berjaya disunatkan. Itu pun bukan sengaja kami lengahkan. Ada beberapa faktor. Salah satunya sb Mekna demam. If demam tk boleh bawak sunat. Kekangan masa pun ye jugak. Sb sis buat online business so weekend normally mmg ada je urusan. Then kadang2 bila call klinik, Doc yg boleh sunatkan takda pulak time weekend. Nak harapkan weekdays susah sikit sb suami kerja. So Rabu lepas cuti Labor day. Suami cuti so sis pun call almost semua klinik yg provide sunat utk bayi perempuan area shah alam. Alhamdulillah, ada 1 klinik ni Doc available. Melompat terus dibuatnya 🤣. Staff kata boleh walk in terus. So lepas Zohor kami pun gerak ke Klinik Dr. Atiqah Seksyen 27.

Sampai je klinik, macam biasa kena register. Mekna ni pulak baru lelap. Nak kejut tk sampai hati sb dari pagi td dia berjaga. Klinik tenang, tak ramai org. Bila masuk bilik Doc, Doc sambut dgn senyuman. Doc perempuan. Lembut je cakap. Doc minta kejutkan Mekna. Mekna pun bila bangun tgk ada 3 org (Doc, 2 staff) yg dia tk familiar pastu disuruhnya pulak baring terus la dia memulakan tangisan marhaenis 🤦🏻‍♀️

Umpan video fav dia pun tak jalan. Mungkin sb dia sangat ngantuk. So terpaksa jgk la baringkan dia. Suami pegang tangan, staff 2 org pegangkan kaki. Mama acah acah tolong pujuk Mekna yg dah semestinya tak makan dek pujuk time2 mcm tu haha. Doc buat kejap je. Tk sampai seminit pun dah siap. Bila dukung Mekna terus stop nangis. Pastu bebel2 terus. Alahaii drama sangat kau nakk 🙄.

Total bayaran cuma RM35 je. Alhamdulillah walaupun public holiday tapi harga still dlm rate yg berpatutan. Doc and staff semua perempuan. Friendly and sangat membantu.

So conclusionnya, jangan la kesiankan anak kalau dia terlalu kecik untuk disunatkan sb kalau tangguh2 lagi bertambah kesian dekat dia sb dah tahu rasa sakit, dah melasak. Ohh, klinik ni terima bayi perempuan sampai umur 1 tahun 5 bulan je. Lebih dari tu Doc tak terima sb ada kes budak tendang Doc 🤭.

Doc sunat guna pisau kecik. Ada certain klinik cucuk. Tp ramai yg prefer klinik guna pisau. So rezeki Mekna la dapat sunat guna pisau. Gulp 🤢. Proses dia kejap sangat. Cuma potong sikit je nak bagi setitik darah keluar. Penjagaan pun senang tk susah macam sunatkan anak lelaki. Tak ada pantang. Luka pun cepat kering. Mekna sunat petang dlm pkl 3lbh, malam tu dah stop darah. Elok je sampai dkt rumah Mekna boleh lompat, berlari. Tapi bila dia nak kencing nampak la dia terkedu kejap macam tahan sakit. Mungkin pedih. Lepastu sambung melompat balik 😅. Esoknya dah baik sepenuhnya. Kencing dah tak terkedu lagi.

Sis nak share sikit TIPS utk bawak anak perempuan sunat:

  1. Google klinik yg ada provide sunat bayi perempuan. 
  2. Call sebelum datang (Tanya soalan ni: Doc utk sunat bayi perempuan ada tak?, Doc terima bayi umur berapa bulan?) 
  3. Sebelum pergi klinik, pakaikan anak dress atau skirt je supaya memudahkan proses penyunatan (betul ke ayat ni? 🤦🏻‍♀️) 
  4. Bawak pampers extra. 
  5. Bawak duit (Tkda duit pandai2 la kawtim dgn Doc masuk buku tiga lima) 

Sayang anak sunat sunatkan,
Sekian 🤓

Bawah ni detail Klinik Dr. Atiqah Sek 27 Shah Alam:
No Tel 03-56141001

Video Mekna selepas setengah jam disunatkan


 
Copyright © 2016 KNISAZIZ. All rights reserved.