Pengalaman Mengerjakan Umrah 2016 (Part 3)

**Sambungan dari PART 1 dan PART 2**

Hari Keempat (8/2/2016 Isnin)

4.00pg: Kami dah bangun, mandi and siap siap untuk ke Masjid Nabawi.

5.00pg: Macam biasa jalan kaki ke Masjid. K kali ni sejuk dia semacam. Masya-Allah sejukk sampaikan dah pakai sweater pun terasa sejuk dia.

5.45pg: Masuk waktu solat Subuh. Lepas selesai solat kami keluar nak balik ke hotel. Oo time ni Makngah sempat beli jubah untuk anak dan cucunya.

7.00pg: Breakfast mcm biasa dekat dewan makan hotel. Macaroni and telur rebus. K mula mula sy tak amik telur rebus tu sebab dia warna putih. Ingatkan telur asin. Pastu Abah bgtau "Dik, kenapa tak amik telur? Tu bukan telur asin tp telur rebus dorang mmg warna putih camtu". Haaa, nasib baik Abah bgtau. Sy dah lah hantu telur. Mmg sy patah balik la amik telur tu hee.

7.30pg: Turun lobi sebab nak online jap dgn Mak and Makngah.

8.00pg: Kami naik balik ke dewan makan sebab ada taklimat untuk ke Mekah esok. Lepastu diorang ada buat Tahlil sekali.

9.00pg: Ustaz yg bagi ceramah pasal perjalanan nak ke Mekah esok nama dia Ustaz Alam Shah. Ya Allah, pandai betul ustaz tu buat ayat sedih sedih. Nak nak masa baca doa. Panjang berjela doa dia tapi full dengan isi. Melimpah-limpah airmata bila dengar doa yg ustaz tu bacakan. Seriously kalau tadah dengan baldi dah boleh buat mandi.


Taklimat perjalanan ke Mekah esok dan Tahlil di dewan makan.

11.00pg: Habis taklimat. Kami naik bilik untuk amik wudhuk lepastu ke Masjid untuk solat Zohor.

11.30pg: Sampai Masjid tengok orang tak ramai lagi so kitorang yg the girls ni (sy, Mak dan Makngah) dapat saf yg selesa dekat belah depan and dekat tiang. Jadi sementara i'tikaf untuk Zohor kami zikir, baca Al-Quran, buat solat sunat. Agak-agak dahaga sy pergi amik air zam zam yg memang disediakan dalam Masjid. Boleh pilih nak Cold atau Not Cold. Mcm sy even sy ni hantu air sejuk tapi dekat Madinah sy surrender. Sy minum yg Not Cold sb yg Not Cold tu pun rasa dh mcm air sejuk biasa.





12.34tghari: Masuk waktu Zohor.

1.30ptg: Selesai solat semua kami gerak balik hotel. On the way back kami sempat singgah beli sekim 3 Riyal hee.


Sekim time!
2.00ptg: Sampai bilik kami start packing beg untuk ke Mekah besok. Mmg sengaja packing awal sb Abah nak bawak turun beg awal pagi esok sb lift limited.

3.00ptg: Siap then gerak ke Masjid untuk Asar.

3.30ptg: Azan Asar berkumandang. Kami dpt saf bersebelahan dgn perempuan kulit hitam dari Egypt. Depan kami pulak sederet org Turkey. Yg warga Egypt ni pemurah bagi kurma, roti dkt kami and warga Turkey depan kami ni. Lepastu terus warga Turkey ni pusing belakang and berborak dengan warga Egypt. Siap ajak kami semua amik gambar dengan diorang. Seriously sangat friendly padahal masing-masing komunikasi mcm ayam cakap dengan itik. Mana taknya. Diorang tk faham sgt English. So kalau cakap dgn diorang tu kadang-kadang guna bahasa isyarat je hehe. Diorang punya friendly sampai Mak kena pangku dengan org Turkey masa diorang ajak amik gambar. Nampak tak betapa open nya diorang.


Bergambar bersama warga Egypt dan Turkey. Untung Mak kena pangku dengan org Turkey.

5.00ptg: Sy ajak Mak pergi amik wuduk sb sy dah tertentutttt heee. Tempat amik wuduk and toilet dekat bahagian luar. Jauh sikit. Sy dan Mak turun escalator ke toilet bahagian bawah. Cantikk sgt toilet dia. 

Masa sy cari toilet yg kosong, tiba-tiba ada sorang budak Arab umur dlm linkungan 10 tahun dia pandang sy then dia offer sy masuk toilet dekat depan dia. K sy pun masuk. Comel sgt muka dia. Anak Arab kan. Pipi tak sah kalau tak putih kemerahan. Lepas settle sy keluar nak ke bahagian wuduk pulak. Sy perasan budak Arab tu ada lagi and pandang pandang sy sambil senyum senyum. K sy rasa awkward dah. Ada itik serati ke atas kepala aku ni. Emm k fokus amik wuduk. Masa smp kat tempat amik wuduk tu pulak, ada makcik Arab kt sebelah ni dia baru lepas amik wuduk dia pandang sy then sambil senyum senyum dia tanya "Malaysia?? Indonesia??". Pastu sy cakap "Malaysia". Terus dia ckp Masya-Allah berulang kali sambil senyum senyum. Ya Allah masa tu rasa mcm dihargai sangat. Rasa macam tingginya pandangan mata diorang dekat org Malaysia. SubhanAllah.

Lepas sy dan Mak dah settle amik wuduk, kami pun jalan keluar toilet nak masuk ke dalam Masjid balik. Masa on the way nak masuk tu sy terserempak lagi dengan budak Arab tadi yg asyik pandang pandang sy sejak dari dalam toilet lagi. Dia jalan depan kami. Nampak dia pandang belakang and senyum senyum lagi dekat sy lepastu dia tunjukkan kami dekat Mak dia sambil senyum senyum. Kami pun senyum balik. Masa dah nak masuk Masjid tu kami dah nak berpisah dengan budak Arab and Maknya. Budak Arab tu sempat cakap "Bye" dekat sy. Masya-Allah! Mungkin dkt pandangan mata diorang kita orang Malaysia ni semuanya cantik cantik. Bukan cantik rupa je tp cantik jugak adab sopan santunnya. Berbeza dgn kita. Kita ni kemain la puji puji bila tengok muka diorang cantik. Hidung mancung. Anak Arab semua comel mcm patung tapi diorang pulak tak habis habis duk puji kita "Masya-Allah. Masya-Allah" tiap kali terserempak dgn kita. 

6.10ptg: Azan Maghrib. Selesai Maghrib kami i'tikaf lagi untuk Isyak pula.

7.30mlm: Azan Isyak.

8.00mlm: Alhamdulillah, syukur Ya Allah kami dapat solat fardu full dari Subuh sampai ke Isyak di Masjid Nabawi harini.

Masa nak keluar dari Masjid, ada 4 orang Makcik Arab minta sy tolong amikkan gambar diorang. K sy pun tolong amikkan. Masa sy nak pulangkan balik kamera dekat diorang, tiba-tiba makcik tu dekatkan muka sy dekat dia. Sy ingat dia nak bisikkan something rupanya dia cium pipi sy kiri dan kanan. SubhanAllah! Yg lain tu pun buat benda yg sama dkt sy. Sambil cium pipi sy tu mereka ada doakan mcm2 utk sy. Alhamdulillah Allah pertemukan aku dengan mereka.

8.30mlm: Sampai hotel kami dinner dekat dewan makan macam biasa. Malam ni lauk kari ayam and ikan masak apa tah hehe. Lepastu kami naik bilik and sambung packing beg balik.


Hari Kelima (9/2/2016 Selasa)

3.30pg: Bangun mandi and siap siap.

4.30pg: Pergi Masjid. Alhamdulillah, kami dapat saf depan sb orang tak ramai lagi. Banyak masa lagi sementara waktu Subuh nak masuk jadi sy perbanyakkan buat solat sunat. Sebelah kami ada 2 orang Malaysia. Diorang dah pergi Mekah dulu. Harini last diorang dekat Madinah lepastu nak balik Malaysia dah. Diorang sempat kongsikan mcm mana suasana dkt Mekah. Alhamdulillah terima kasih sb sudi kongsikan sikit dkt kami. 

7.00pg: Sampai hotel kami breakfast makan Nasi Butter dgn scramble egg.

8.00pg: Naik bilik kami mandi sunat ihram lepastu siap siap pakai ihram. 

10.30pg: Kami jalan ke Masjid untuk solat Zohor. Harap ini bukan solat terakhir kami di Madinah. Alhamdulillah, hari terakhir di Madinah kami berkesempatan lihat sendiri mcm mana payung di Masjid Nabawi ni terbuka.






12.34tgahari: Azan Zohor. Lepas selesai solat Zohor kami terus baca doa selamat tinggal untuk Rasulullah s.a.w. 

Ni pengalaman sy. Masa sy amik buku doa untuk baca doa selamat tinggal hati sy dah rasa sedih yg teramat sangat. Masa mula baca airmata terus laju mengalir. Ya Allah, baru aku tau betapa sakitnya rasa perpisahan yg sebenar. Masa keluar dari Masjid hati rasa berat sangat. Mata tak habis habis nak toleh ke belakang. Kalau boleh taknak lepas dari pandang Masjid Rasulullah s.a.w tu.

Insya-Allah, murah rezeki, sihat tubuh badan kami akan melawat lagi ke Tanah Suci ni. Elok masa kami bangun nak keluar dari Masjid tiba-tiba kubah berdekatan dengan kami terbuka. Masya-Allah.


Kubah terbuka.
1.30ptg: Sampai hotel kami naik bilik kejap amik beg kecik then terus naik bas.





2.30ptg: Gerak dari Madinah iaitu rumah Rasulullah s.a.w ke Mekah pula iaitu rumah Allah s.w.t.

3.00ptg: Sampai di Masjid Bir Ali. Kami solat sunat Tahiyatul Masjid dan solat sunat Ihram.


Masjid Bir Ali. Tempat miqat.



3.30ptg: Naik bas.

4.00ptg: Kami niat ihram dalam bas dengan bimbingan Mutawwif kami, Ustaz Dzul Karnaen. Sy buat niat ihram bersyarat maksudnya kalau dalam ihram tiba-tiba sy datang bulan, jadi sy tk perlu buat tawaf dan saie. Sy perlu bertahalul (gunting rambut) sahaja. Kalau sy tak niat ihram bersyarat lepastu tiba-tiba sy datang bulan maka sy diwajibkan membayar Dam iaitu sembelih seekor kambing di Tanah Haram. Jadi take note ye para jemaah terutama wanita muda muda yg ada potensi datang bulan.

4.30ptg: Teruskan perjalanan semula ke Mekah. Sepanjang perjalanan kena sentiasa beringat yg kita dalam ihram. Ada 13 larangan yg kita tak boleh buat sepanjang kita dalam ihram. Jika kita terlanggar salah satu larangan ni, umrah kita masih sah cuma kita berdosa. Jadi kena lah bayar dam atau fidyah.

13 Larangan semasa Ihram:
1) Memakai pakaian berjahit/ bercantum (Lelaki)
2) Menutup kepala/ sebahagian daripadanya (Lelaki)
3) Menutup muka (Wanita)
4) Pakai sarung tangan (Wanita & Lelaki)
5) Pakai bau-bauan di pakaian, makanan, minuman
6) Pakai minyak kepala
7) Mencabut rambut/ bulu 
8) Potong kuku
9) Potong pokok/ cabut pokok di Tanah Haram
10) Memburu binatang buruan
11) Berkahwin
12) Melakukan pendahuluan persetubuhan
13) Melakukan persetubuhan 

8.00mlm: Sampai dekat perhentian apa tah nama dia. Tempat ni la yg baru baru ni kecoh pasal turun salji. Mutawwif belikan Nasi Arab Ayam untuk kami semua.

9.00mlm: Gerak semula ke Mekah lepas selesai makan.

10.30mlm: Alhamdulillah, sampai kami di Mekah. Mutawwif bacakan doa masuk Mekah.

10.45mlm: Sampai hotel kami amik kunci bilik kemudian solat Isyak dan Maghrib (Jama' Ta'hir) and siap siap untuk buat umrah. 

Tips untuk jemaah wanita, masa ni kita still dalam ihram. Jadi disarankan supaya kalau nak amik wuduk jangan buka anak tudung sb dikhuatiri ada rambut kita yg gugur jadi takut nanti kita ragu-ragu dengan umrah kita.

11.45mlm: Turun ke lobi dan kami gerak ke Masjidil Haram dengan berjalan kaki dengan pimpinan Mutawwif kami. Alhamdulillah hotel kami dengan Masjidil Haram tak jauh. 


Hari Keenam (10/2/2016 Rabu)

12.00mlm: SubhanAllah, mcm tak percaya Kaabah betul betul depan mata. Tak terkata perasaan tu bila selama ni tengok dlm tv, gambar, google. Tapi kali ni dapat tengok dengan mata kepala sendiri. Ya Allah, baru tahu betapa kerdilnya diri ni.

Kami mula buat umrah wajib. Penat? Ye, tk dinafikan penat lepas 6 jam perjalanan dari Madinah ke Mekah lepastu sampai Mekah terus buat umrah. Tapi lepas tengok Kaabah depan mata terus hilang semua rasa penat tu. Diri lebih fokus utk kerjakan umrah.

First, kami buat Tawaf. Orang boleh tahan ramai tapi Alhamdulillah kami tak terpisah dengan Mutawwif. Mutawwif bacakan doa then kami ikut baca sepanjang 7 pusingan tu. Dalam hati tk putus putus selawat, zikir semua. Bila Mutawwif kata dah selesai 7 pusingan, sy rasa macam nak buat lagi 1 pusingan sb pusingan yg pertama sy mcm tk yakin. Alhamdulillah, Abah pun nak buat lagi 1 pusingan jadi sy dan Abah buat lagi 1 pusingan.

Tips untuk jemaah, kalau kita tak yakin dengan pusingan Tawaf kita, kita boleh lebihkan pusingan kita tu. 

Lepas rasa yakin dengan Tawaf tu, sy dan Abah keluar dari kawasan Tawaf dan cari kumpulan kami. Syukur sangat walaupun orang ramai tapi Allah s.w.t permudahkan kami jumpa balik Mak dan Makngah serta jemaah yg lain.

Kami buat solat sunat Tawaf dekat kawasan depan Kaabah. Lepas selesai Mutawwif bawa kami minum air zam zam menghadap Kaabah. Masa minum tu macam macam doa kita baca. Selesai minum air zam zam, kami terus ke Bukit Safa untuk buat Saie.

Jarak Bukit Safa dan Bukit Marwah agak jauh. Alhamdulillah kami dapat akhiri Saie kami iaitu 7 pusingan yg bermula di Bukit Safa dan akhir di Bukit Marwah. Selesai Saie, Mutawwif bawa kami ke puncak Bukit Marwah dan Mutawwif bacakan doa. Selepas berdoa, kami selesaikan rukun umrah ke-4 iaitu Bertahalul iaitu gunting atau cukur rambut.

2.30pg: Selesai bertahalul dan baca doa maka tamatlah umrah wajib kami dan bebaslah kami dari 13 larangan ihram. Syukur Alhamdulillah dipermudahkan semuanya.

Lepas selesai umrah baru sy amik gambar. Gambar pertama sy selepas selesai mengerjakan umrah adalah gambar Abah, Mak dan Makngah di atas Bukit Marwah. Kenapa sy tak amik gambar sepanjang dalam ihram?? Sebab masa kursus umrah di Senawang Ustaz ada berpesan jangan ambil gambar semasa kita dalam ihram sebab perkara ni la yg selalu orang pandang remeh. Bila kita amik gambar terutamanya bila selfie, niat atau nawaitu kita akan jadi lain. Jadi take note ye para jemaah. Bila dalam ihram seeloknya simpan je phone tu jangan amik gambar dah. Hee.


Gambar pertama sy selepas selesai mengerjakan umrah.

Abah, Mak dan Makngah bersama Mutawwif kami, Ustaz Dzul Karnaen.



2.45pg: Selesai semuanya. Mutawwif bawa kami balik ke hotel untuk mandi dan rehatkan diri.

8.30pg: Breakfast di hotel Nasi Goreng, Nuget dan Telur rebus.

10.00pg: Sy, Abah, Mak dan Makngah jalan kaki ke Masjidil Haram. Sampai Masjid kami terus buat Tawaf sunat 8 pusingan. Saje buat lebih 1 pusingan. Alhamdulillah orang tk begitu ramai jadi Abah bawa kami ke Maqam Ibrahim, Hijr Ismail dan pegang kelambu Kaabah. Masya-Allah, walaupun org boleh tahan ramai tapi Allah s.w.t bantu berikan jalan kepada kami. 

Lepastu kami keluar dari kawasan Tawaf dan cari tempat untuk buat solat sunat Tawaf. Alhamdulillah, kami berpeluang solat sunat Tawaf di depan Multazam. Masa tu sy bacakan sekali semua doa doa kiriman kawan semua. Alhamdulillah, semoga Allah s.w.t makbulkan.






11.30pg: Petugas Masjid dah buat persiapan untuk Solat Zohor. Alhamdulillah, kami dapat solat Zohor di depan Kaabah iaitu di depan Hijr Ismail. SubhanAllah. Lepas selesai solat kami pulang ke hotel. On the way back tu kami sempat singgah beli sekim 3 Riyal 1 mangkuk. Masya-Allah, sedap sangat! Sampai hotel makan dekat dewan makan then masuk bilik rehat sebab esok kami akan pergi Ziarah di Tanah Haram ini serta melakukan Umrah Badal (umrah bagi arwah). Dari Malaysia lagi sy dah berniat nak buat Umrah Badal untuk Arwah Maklang. Insya-Allah esok sy akan tunaikan.




**Sampai sini dulu ye. Longlai dah jari menaip. Haa rasa macam dah kurus sikit jari ni haha. Insya-Allah akan sambung lagi di Part 4**

0 Comment(s):

Post a Comment

 
Copyright © 2016 KNISAZIZ. All rights reserved.