Pengalaman Mengerjakan Umrah 2016 (Part 1)

Alhamdulillah pada 5/2/2016 (Jumaat) saya, Abah, Mak dan Makngah telah berangkat ke Tanah Suci untuk mengerjakan Umrah dan kami telah selamat sampai di Malaysia pada 16/2/2016 (Selasa). Mesti ramai yg pernah pergi buat Umrah kan? Malah ada yg pernah mengerjakan Haji bukan sekali tapi berkali-kali. Berbeza sangat la dengan kami yg baru pertama kali jejakkan kaki di Tanah Suci. Nak tau apa perasaan bila first time masuk Masjid Nabawi? Nak tau rasa apa bila first time tengok Kaabah betul betul depan mata? Buat semua yg bakal jadi tetamu Rasulullah s.a.w dan tetamu Allah s.w.t, Insya-Allah saya akan share kan perjalanan kami sepanjang 11 hari 10 malam di Tanah Haram. Dengan syarat, bila baca jangan skip skip naa haha.

Hari Pertama (5/2/2016 Jumaat)

3.30pg: Saya, Mak dan Abah dah bangun. Nak kata boleh tidur lena tu memang tak la. Mata asyik terjaga je. Mungkin sb dah tak sabar sangat nak pergi kot. Malam tu takda la tidur awal pun. Kami bermalam di rumah Kak Long sb rumah dia dekat sikit dengan airport. Cepat sikit sampai airport memandangkan flight kami pukul 10 pagi but Mutawwif kami suruh sampai airport pukul 6 pagi sb nak bagi taklimat sikit katanya. So bila kami bangun pagi tu je selesai mandi kami buat solat sunat Taubat, Tahajud dan Musafir. Tak buat pun takpa but if buat lagi bagus sb perjalanan jauh and lagi satu sb kita nak ke rumah Allah s.w.t so kena la persiapkan diri. Kalau boleh persiapkan diri beberapa bulan sebelum gerak lagi contohnya kalau sebelum ni selalu tinggal solat so ubah jadi rajin solat, rajin baca Al-Quran, selalu buat solat sunat. Kalau tktau buat solat sunat tu semua kacang je. Mr. Google kan ada hehe.

5.15pg: Kami gerak ke KLIA 1 kereta je. Naik kereta Abg Ipar. Yg menghantar pagi tu Abg Ipar, Kak Long and The boys (Khidir & Yusuf)



5.40pg: Alhamdulillah sampai di KLIA. Kami parking dekat Bangunan C sb dekat dengan gate pelepasan. Sampai kt atas tengok sedara lain dah ramai sampai. Majoriti semua anak and cucu Makngah.





6.20pg: Tengok Mutawwif takda lagi so kami pun ke surau utk solat Subuh. Masya-Allah, tak boleh jauh lagi surau KLIA ni kan. Tgk pulak surau lelaki kemain panjang org beratur tunggu turn nak solat. Kami yg perempuan ni tkda beratur. Terus masuk je. Tu pun macam masuk tin sadin. Org terlampau ramai dgn suraunya yg comel. Redha je la kan sb waktu Subuh terhad jadi kami berasak jugak masuk utk solat.

6.45pg: Selesai solat Subuh, kami pergi balik dkt tempat sedara dan para jemaah Umrah lain berkumpul. Alhamdulillah, Mutawwif dah ada. Oh, lupa nak btau. Ktorang pergi under Andalusia. Kalau dekat Negeri Sembilan cawangan dia ada dekat Senawang.

7.00pg: Mutawwif bagi sticker name utk letak dekat bagasi yg nak masuk kargo and kami dapat tag nama sorang satu. Tu la IC kami nanti sepanjang berada di sana nanti. (IC, KAD BANK kalau boleh jgn bwk). Lepas letak sticker name dkt bagasi, Mutawwif suruh letak bagasi semua depan kaunter check-in bag lepastu dorang akan check-in kan semua bagasi kami tu.

Tag nama a.k.a IC kami sepanjang di Tanah Suci (Abaikan typo nama)
7.30pg: Mutawwif suruh kami tunggu di pentas dekat dengan jalan ke surau untuk dengar taklimat dari Mutawwif.

8.00pg: Kami dengar taklimat dari Mutawwif mengenai perjalanan kami di Tanah Suci. Lepastu mereka pulangkan semula passport dan serahkan tiket flight dekat kami untuk kami check-in kejap lagi. Nanti sampai di Tanah Suci, Mutawwif yg akan pegang passport kita untuk elakkan dari hilang dan sebagainya. Sb tu tak digalakkan utk bawa IC dan KAD BANK.

8.15pg: Lepas habis dengar taklimat kami dah get ready nak check-in. Salam, peluk, cium adik beradik, sedara mara semua. Time tu tak payah nak dikira la berapa liter airmata keluar. Rasa dah boleh full 1 botol mineral besar tu.

8.45pg: Saya, Abah, Mak dan Makngah check-in. Sepanjang check-in, ni la perkara yg akan di check.

              1st: Diorang check ticket flight.

            2nd: Kaunter passport. Letak je passport atas skrin. Lepas dia detect passport kita (akan keluar details kita dekat skrin), then letak ibu jari kanan or kiri dekat tempat cop jari bila lampu dia dah warna merah. Bila pintu dah bukak means DONE! Jgn lupa amik passport sebelum ke next check point.

            3rd: Tempat check bag utk bawa naik cabin and badan. Letak je bag galas or hand bag yg nak di bawa naik ke cabin atas tempat yg disediakan. If ada alatan tajam contoh kita terbawa gunting or pisau, jangan risau. Bukannya diorang terus kata “Eh, cik bawak pisau ni. Sorry cik kena balik tak boleh naik flight”. Haha. Tidak lah sekejam itu. Paling kejam pun diorang amik then lontar ke tong sampah je.

            Lepas tu kami kena naik train untuk ke bangunan sebelah. Maybe sb kapal kebang besar kot sb tu dia parking jauh sikit. Best je naik train tu. Laju. Dalam 3 minit dah sampai ke bangunan lagi satu. Then kami kena jalan jauh sikit utk cari Gate C17 (lain flight, lain gatenya). Sampai ke Gate C17, kena check bag untuk masuk cabin and badan lagi sekali. Lepas dah settle tu so kami dan para jemaah lain tunggu dalam ruang menunggu C17. Saya buat keputusan utk ke toilet bagi membuang segala air kecik dan besar (saya sangat syorkan korang semua pun buat mcm ni ye haha) sb dalam flight nanti jangan berangan la korang nak dapat shi shi dan yak dengan aman dan damainya. Haha. Sb toilet dalam flight sgt kecik, air kena jimat, tk boleh basahkan lantai toilet semua kalau tak dorang akan announce “Jangan basahkan lantai toilet kerana akan merosakkan peralatan di dalam flight”. So sementara tunggu kapal kebang tu better buang la segala simpanan korang k.

9.30pg: Diorang announce semua penumpang MH8208 boleh masuk flight. Diorang akan bagi keutamaan dekat mereka yg naik wheelchair dulu utk naik then orang orang tua/ uzur. Dengan lafaz Bismillah kami pun naik flight.


10.20pg: Makan masa sikit sebelum fly. Cabin crew nak setup itu dan ini. Bebel pasal seat belt segala bagai. Saya ni mmg nervous sikit masa nak fly and masa nak landing so masa nak fly tu saya pegang tangan Abah and Mak kuat kuat. Perjalanan ke Madinah ambil masa dalam 9jam.




11.05pg: Cabin crew serve makanan yayy! Biasanya ada 2 pilihan. Boleh pilih nak lauk ayam or ikan. Boleh tahan sedap.

Saat yg sentiasa ditunggu-tunggu ketika dalam flight hehe.

9 jam perjalanan.


Tidur sambil dengar bacaan Al-Quran.


Tidur bangun tidur bangun tak sampei sampeinya kita lagi labi jadi kita layan Ramona and Bezus sat naa.

6.38ptg: Insya-Allah lagi 40minit kami akan mendarat di Airport Madinah. Ikut waktu Madinah sekarang pkl 1.40ptg (6.40ptg Malaysia). Suhu dijangka dalam 25C di Madinah.






*Start dari sini saya gunakan WAKTU MADINAH

2.30ptg: Alhamdulillah setelah 9 jam dalam flight, kami selamat mendarat di Airport Madinah. Kalau dekat Malaysia skrg dah pukul 7.30ptg. Waktu Madinah dan Mekah lambat 5 jam dari Malaysia. Keluar flight terus ke kaunter imigresen dimana semua kaunter di handle oleh pak Arab. Tak strict pun. Just tunjuk passport and bagi cop jari then dorg akan amik gambar kita dekat situ (so jgn pelik la if nampak setiap kaunter ada kamera DSLR tergantung).

Airport Madinah.


Terima kasih kapal kebang hantarkan kami ke Tanah Suci dengan selamat. Alhamdulillah.


Tabah beratur di kaunter imigresen.

4.00ptg: Settle. Agak lama beratur dkt imigresen sb flight kami cecah 500 lebih jemaah jadi makan masa sikit. Pergi bahagian beg pulak untuk amik bagasi. Memang lama makan masa dekat sini sb semua beg sama jadi nk buat pengecaman beg agak sukar even semua beg dah letak tanda tersendiri. Mcm kami, kami ikatkan reben dekat beg kami so senang sikit nk cam. Tu pun beg Mak lambat dapat. So kami decide nak solat Zohor dan Asar dulu sementara Abah tunggu beg Mak. Surau dkt airport Madinah tu cantik. Tempat amik wudhuk asing dgn surau. Means ada bilik khas utk amik wudhuk. Sayangnya, disebabkan ramai tangan dan ramai gelagat manusia yg gunakan kemudahan tempat amik wudhuk tu, so tempat tu banjir. I mean berlecak so agak susah sikit la nak amik wudhuk dgn kita pakai stokin and jubah labuh (hanya kaum Hawa je yg mengerti perasaan bila berdepan situasi mcm ni haha). Apa apa pun kena ingat kita dah sampai Tanah Suci jadi kena banyakkan bersabar.

4.30ptg: Lepas solat terus gerak keluar airport naik bas no 3 (bas disediakan khas oleh Andalusia) untuk gerak ke hotel.Tips utk bakal jemaah, silalah tolak bagasi anda semua sendiri. If ada pak Arab volunteer nak tolakkan kalau boleh jangan bagi sebab nanti diorang minta duit. Kalau nak bagi diorang tolak boleh. Tapi jangan marah naa if dema mintak duit segedebuk 50 Riyal kat hangpa. Dah naik bas ada pak Arab jual simkad Arab (Mobily). Kami decide beli 2 simkad. 1 guna dkt handphone Abah. 1 lagi handphone Mak. So senang if terpisah ke apa nanti kan. 1 simkad 50 Riyal. Haa mahal kan!!! Dalam tu ada kredit 25 Riyal. Maybe kami dah tertipu tapi takpa la. Risau if ada emergency so better beli awal. Rasanya if beli selain dekat airport tu boleh dapat harga lagi murah.

Bas yg disediakan oleh pihak Andalusia (Bas No.3)






5.30ptg: Waktu Malaysia 10.30 malam. Alhamdulillah kami sampai di hotel kami (Mawardah Hotel). Dekat je dengan Masjid Nabawi. Bawah hotel jangan cakap la kemain riang kedai shopping. Haihh duniawi semua tu! Haha. Kami check in lepastu rest. Malam tu kami solat Maghrib and Isyak dalam bilik je sb terlampau penat! Waktu Maghrib pukul 6.03ptg, Isyak 7.32ptg (12.30 malam waktu Malaysia) so masa nak solat Isyak tu pun mata kami dah berat sangat sb tk dapat nak sesuaikan diri lagi dengan waktu Madinah. Terbawa-bawa waktu Malaysia lagi a.k.a JETLAG!

Mawardah Hotel. Masing-masing nak check-in.

10.00mlm: Waktu Malaysia pukul 3.00 pagi maka tidurlah kami setelah settle kemas beg, mandi apa semua.

**Kita stop sini dulu. Insya-Allah akan update Part 2 dalam masa terdekat ni. Nak share mcm mana kami pergi Ziarah Dalam (masuk ke Raudhah, lawat Maqam Rasulullah S.A.W) dan Ziarah Luar (pergi ladang kurma dan banyak lagi)**




0 Comment(s):

Post a Comment

 
Copyright © 2016 KNISAZIZ. All rights reserved.