#KhairulKhairun Engagement Day! (Behind The Scene)

Assalamualaikum,






Syukur sangat sangat sebab masih diberi peluang untuk membebel dalam blog kesayangan ni. Alhamdulillah permulaan tahun 2016 kite disambut dengan majlis bertunang kite yg bernama Khairun Nisa dan Khairul Taufiq. Ececehh seboleh boleh nak mention jugak full name kan. Kalau boleh dengan nama ayah sekali nak letak. Haha. Bukan apa. Saja nak mention nama depan we olls yg sedondon tu kah kah. Khairul dan Khairun bermaksud sebaik-baik. Jadi harapnya semua persiapan kami untuk mendirikan masjid baik-baik saje la hendaknya. Insya-Allah.

Nak share sikit preparations kami sebelum bertunang. Nak dijadikan cerita kami dah kenal since 2012 masa handle 1 event fakulti kami. Ohh, lupa nak mention. Kami dulu 1 fakulti masa Diploma dkt UiTM Melaka. Kami Fakulti Sains Komputer Dan Matematik. En.Tunang amik kos Sains Aktuari. Kite amik kos Sains Kuantitatif ataupun sekarang ni dah tukar nama ke Sains Matematik. Time handle event tu ada je isu yg buatkan kami bertelagah. Dia bagi idea camtu, kite bangkang. Kite bagi idea, dia pulak bangkang. Mungkin sb tu la bila berkawan kami tk rasa bosan sb ada je isu nak dicakapkan.

Alhamdulillah 18/7/2015 Raya ke 2 En. Tunang bawak family dia datang PD jumpa family kite untuk merisik. All the way from Pahang to Port Dickson. Syukur semua berjalan lancar. And then lepas settle merisik semua kami ingat tak nak buat majlis bertunang but last last buat jugak sb kite anak bongsu kot so sebagai penutup mesti la kena ada majlis sikit kan. Hihihi. Bincang punya bincang then kami setuju nak buat majlis bertunang on 24/1/2016.

Cincin Merisik 18/7/2015 Raya ke 2

Memang dari awal kami dah plan nak buat majlis simple je. En. Tunang kata rombongan dia sampai dalam tengahari. Petang lepas Zohor Abah plan nak buat doa selamat sikit untuk kite, Abah, Mak dan Makngah ke Umrah 5/2/2016 nanti. Cakap pasal pelamin, hantaran, catering, baju tunang semua, nampak mcm costly kan. But actually banyak yg kami cut cost.

Awal awal lagi masa bincang pasal tema untuk tunang, baju color apa, hantaran tema color apa, kite dah decide nak color baby blue. Sebabnya dulu masa Kak Lang bertunang tahun 2013 tema dia warna biru so that's why kite pilih warna baby blue so that kite boleh recycle je semua bunga bunga untuk hantaran. If uolls perasan dengan ekonomi nowadays yg teruk lepastu harga barang semua naik dengan rate matawang kite yg jatuh menjunam plus with GST semua memang tk sesuai sangat la untuk beli itu dan ini. So the best way is recycle je apa yg ada.

Baju tunang memang dah beli awal. If tak silap 5 bulan sebelum majlis dah beli. Beli baju siap terus je. Senang takyah pikir nak hantar jahit semua kat mana sb kite pun tengah continue study in Degree dekat UiTM Johor so nak cakap pasal masa tu kalau ikutkan memang sangat sangat limited. Sebelum beli tu dah mention awal awal dkt Mak dan Kak Long yg kite taknak pakai baju yg ada labuci and segala manik bagai sebab kite suka benda yg simple but nampak modern. So masa survey dengan Mak, Abah dan Kak Long dekat butik area Bangi agak susah jugak la nak jumpa warna baby blue macam pilihan hati. Puas pusing dari satu butik ke satu butik and at last jumpa jugak. Baju tu diorang letak depan boutique. Nampak patung pakai memang cantik la kan so terus test pakai and lepas Mak, Abah and Kak Long tengok ok so terus beli. Thanks to Kak Long sebab bayarkan baju tunang tu hehe. Shawl tunang pun Kak Long yg carikan. Tu pun beli dekat boutique area Bangi. Veil? Haha veil kite pakai je veil masa Kak Lang tunang haritu. If nak beli veil baru mahal kot. 1 veil je boleh cecah sampai RM100. So nak cut cost kite recycle je even Kak Lang dah banyak kali pakai veil tu buat shawl basahan. Haha.
Butik beli baju tunang dekat Bangi Seksyen 8 if tak silap. Online pun ada.

EDZ Boutique. Suka sangat fitting room dia.

Ni la yg kite cakap td. Masuk2 dah nampak patung pakai mana tk jatuh hati terus.

Minaz Boutique dekat Bangi Sentral tempat Kak Long belikan shawl.

Seperti permintaan hati taknak labuci, manik bagai. So, ini lah baju tunang kite. Simple kan hehe.
Kak Long  yg pemurah hati sponsor baju and shawl. Thanks Dr.Shikin!

Pelamin? Kalau perasan harga mini pelamin paling rendah boleh dapat dekat online dalam RM200. Tu tak termasuk kos minyak dia semua lagi. Actually taknak pun buat pelamin. Just letak sofa then hias sikit2 background belakang dah cukup. Tapi lepas pikir pikir balik barang2 pelamin semua ada sb masa wedding Abang and Kak Lang tahun 2014 aritu Abah yg buatkan pelamin. Pentas pelamin, kain background, karpet semua dah ada so why not tk pakai kan. Dari situ dah cut cost agak banyak actually. Kite and Abah start buat pelamin 4 hari sebelum majlis. Percaya atau tak pelamin tu disiapkan within a day lebih kurang amik masa dalam 3 jam macam tu je. Ye la barang semua dah ada kan. So just tinggal letak and hias je la. And karpet biru tu cilok karpet depan TV je memandangkan color biru dia memanggil manggil haha.

Operasi buat pelamin with Abah.

Kapet biru cilok depan TV hehe.

Cakap pasal hantaran pulak haa memang lawak. Orang yg expert bab hias hantaran is Kak Lang. Memandangkan dia kerja and balik PD pun Jumaat malam so hari Sabtu la baru start hias hantaran. Yes, 1 hari before majlis. Time tu la baru nak beli fresh flowers utk sirih junjung, beli buah untuk hantaran. Pagi tu Kak Lang dah start hias hantaran. Semuanya 7 dulang. Kek dan donut kena amik dekat kawan Kak Lang time pagi sebelum majlis dekat Seremban. Thanks to Abang Ipar sebab tolong amikkan pagi before majlis start. So hari Sabtu tu kami hias 5 hantaran dulu which is sirih junjung, buah, baju nikah with sampin, coklat and biskut Jepun. Biskut Jepun tu Abang yg belikan masa dia pergi bercuti dekat Jepun lebih kurang a week before majlis. Thanks brader! Seriously you're the best brother in the world *next time sponsor utk hantaran nikah pleaseee haha*.
Makan masa jugak la buat hantaran even guna bunga recycle je kan. Paling mencabar bab buat sirih junjung and gubah buah. Kite taknak beli buah yg dah siap hias sb harga agak mahal sedangkan buah dalamnya tkda la mahal. Setakat pisang, apple, orange tu pun tktau quality buah tu mcm mana best ke tak and elok ke tak. So kite decide beli buah then gubah sendiri. Haa, lagi menarik. Kite beli dragon fruit, anggur, pisang, pear, orange, apple merah and hijau, star fruits haa memang full la bakul tu dengan buah. Cost beli buah and fresh flowers for sirih junjung dalam less than RM100. Bakul cilok je bakul yg ada dekat rumah. Thanks to makcik and cousins yg sudi gubahkan. Oh lupa nak mention. Family makcik and pakcik from Gombak and Bahau sampai malam Sabtu tu so diorang la yg susah payah gubahkan sirih junjung and buah.

Makcik gigih buat gubahan buah smp bertekak kejap letak pisang kejap tknk letak pisang.

Cousin busy hiris daun pandan.

Hantaran belah lelaki.

Hantaran belah perempuan.

Kek hantaran dari belah perempuan.

En. Tunang hantu donut so kite bagi dia hantaran 1 kotak donut.
p/s: Kek dan donut untuk hantaran kite tempah dekat kawan Kak Lang. Harga kek dalam RM100 but kite dapat harga special dalam RM75 camtu and donut tk sure sb Kak Lang yg sponsor. Hehe. Ni FB kawan Kak Lang tu Nur Zaima


Pasal bunga tangan pulak Kak Lang and Kak Long la yg last minute tiba tiba nak buat bunga tangan beads memandangkan Kak Lang ada banyak koleksi manik. Agak leceh jugak sebenarnya buat benda tu sb nak kena pintal satu satu beads pastu cucuk dekat gabus. 1 dawai 1 beads. Nak kena buat sampai full 1 gabus bulat tu. Korang rasa pukul berapa agak agak siap kalau dah petang Sabtu tu baru nak start buat benda tu? Pukul 3 pagi baru siap hokayyy! Tu pun mata dah tk larat nak bukak. Tapi Alhamdulillah hasilnya sangat menarik tertarik sampai kanak kanak kemain excited nak pegang. Ingatkan gula gula kot.

Kak Lang org kuat hias hantaran and buat bunga tangan beads.

Catering Mak and Abah yg sponsor. Alhamdulillah, ramai kata makanan sedap. Mak amik catering yg biasa Mak amik so mmg tk ragu-ragu la dengan masakannya. Pagi majlis tu Mak masak 2 lauk tambahan. Sambal tumis petai dengan kobis masak lemak. Family belah sana ada yg kata sambal tumis petai sedap. Dah boleh buat business catering dah Mak ni. Haha. Jemputan bawah 100 orang. Jemput sedara mara dengan kawan rapat je lepastu untuk kenduri doa selamat lepas Zohor jemput org surau.

The discussion a.k.a kecut perut moment.

Yg depan TV tu semua sedara melopong layan Bajrangi Baijaan.

Serious nya semua emm.

Nak cakap pasal make up pulak memang last minute punya plan sebenarnya. Actually nak make up sendiri. Gigih belajar dari You Tube tp hasilnya kening mcm ulat bulu. So nak dijadikan cerita 1 hari ni lebih kurang 3 weeks before majlis if tak silap masa scroll FB ternampak kawan lama masa sekolah dulu baru belajar belajar buat business make up. Hati pun tertarik la nak tanya harga semua. Boleh bantu sikit business kawan kan. Alhamdulillah kawan bagi harga member bawah dari RM100. Kite mintak kawan make up natural je so itulah hasilnya. Yg bestnya sebab make up tak pecah even dah berpeluh banjir teruk.

Ni la mak andam kite. Lina.

Time ni dah petang masa nak tanggal make up. Tk pecah kan make up tu.

Awal2 lagi kawan kite bgtau dia tk cukur kening. Just pakai teknik gam. So jgn ingat kening tu cukur ye.

p/s: If berminat dengan make up kite ni boleh contact kawan kite, Lina. Ni FB dia Elina Erlinda

So ni la sedikit sebanyak budget masa tunang aritu. Banyak yg cut cost sb byk guna barang recycle. Cameraman pulak takyah nak booking bayar photographer mahal mahal sebab Abang sendiri photographer terhebat *k dah 2 kali puji so harap wedding nanti amik gambar cun cun k haha*.

Syukur Alhamdulillah majlis pertunangan kami berjalan dengan lancar. Terima kasih buat semua yg banyak bantu. Buat family belah En. Tunang yg sudi datang jauh2 bagi memeriahkan majlis kami. Maaf jika ada kekurangan dari kami sekeluarga. Harap semua dapat doakan yg baik baik dalam perjalanan kami untuk bina masjid 2017 nanti. Insya-Allah. So dekat bawah ni ada sikit gambar masa majlis aritu.

Anak anak buah a.k.a My Babies.

Mak org pertama yg datang dkt kite utk bergambar. Sayang Mak! *terus hilang nervous bila Mak dtg*

Bakal Ibu Mertua. Insya-Allah.

Thanks kawan sudi datang. Ada yg dari Bangi. Thanks sangat2!

The hantarans.

Baby kite sorang ni tknak berpisah dgn Makcunya pulak.


See. Tknak turun pelamin langsung dia.

Yee. Makcu sayang Yusuf laaa. Dah pergi turun sana.

Baru letak dah nangis. Apa la Mia ni. Makcu baru tunang la belum nikah lagi.

Alaa cembengnya muka dia. Hahaha

Mungkin time ni En. Tunang buat mata sepet acah acah nak buat muka cute kot.


Kak Ipar and Ziyad si retis. Susah betul nak amik gambar dgn dia asyik tido jee.

My one and only Abang with his little family.

Pakcik from Bahau. Tiba tiba dtg dkt pelamin then peluk kite and suruh Abang amikkan gambar. Haha. Sweet kann.

K handsocks lace tu kawan kite nama dia Qila yg sponsor. Asalnya nak pinjam last2 dia bagi terus. Haha. Murah rezeki dia.
Last but not least. Insya-Allah bakal imamku. Aamin.


0 Comment(s):

Post a Comment

 
Copyright © 2016 KNISAZIZ. All rights reserved.